Wednesday, July 15, 2009

Salam Kembali

Assalamualaikum,

Maaf kepada semua yang pernah menjenguk dan mengharapkan sesuatu dari blog ini, kerana blog ini sudah lama keringnya.Tak diupdate. Mungkin ada mesej-mesej yang tak dijawab. Afwan Ya ikhwani fillah.

Rasanya ana perlu kembali menyambung bicara sebagai satu sumbangan kepada Islam dan sebagai satu tanda cinta kepada Allah dan rasulnya. Pohon bantuan dan doa dari para ikhwan sekelian. Agar nusrah Allah menjenguk dada yang tercemar ini, fikiran yang banyak karatan dan khayalan ini, jemari yang malas ini, untuk mula kembali menyambung kalam hati dari Tuan guru hamba. Banyak mutiara yang hamba kutip dari lidah hati Syaikhuna cuma kelemahan hamba mejadikan ia bersemi di dada ini sahaja sedangkan amanah guru supaya disebarkan.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Tuahku sudah jelas
Kau panggil aku kekal di bawah dagu Syaikh yang mursyid
Hilm syaikh telah ku reguk basah dadaku
titisan airmata guru telah ku lihat menangisi nasib Agama dan Ummah
Dan Mutiaranya ada yang tersisa di dada ini
Hanya tinggal satu
amanahnya agar disebarkan agar cahaya hatinya menyinari zaman

Ya Rabb, unsurni, unsurni, unsurni

Abi Ahmad
Sang Faqir Yang Berdosa